Hari ni terajin nak share tips yang saya gunakan untuk lulus exam SHO kertas 1.
Sebabnya tadi saya saja je lah search pasal SHO ni, lepas tu tengok ada seorang hamba Allah tu gagal kertas satu TIGA kali dan bakal ambil buat kali ke empat.
Tak tahu lah abang tu dah ada pengalaman kerja dalam bidang safett atau tidak. Jika dah ada, agak frust disitu ya. Sebab saya ni tiada pengalaman kerja in safety pun tapi bila ambil tiga paper sekaligus. Hanya paper 2 dan 3 je lulus.
Saya ambil exam pertama kali pada tahun 2021, masa tu kursus SHO ni boleh dibuat online sebab PKP. lepas tamat kursus SHO 3 bulan secara online, saya terus daftar untuk ambil exam sebab masa tu semua yang baru belajar masih fresh lagi dalam kepala ni.
Masa exam paper 1, sebenarnya saya agak yakin yang saya boleh lulus. masa tu saya perasan yang soalan dia sama dengan latihan yang saya buat.
So, untuk kertas 2, saya study betul-betul soalan yang saya dah print.
Untuk makluman, soalan ni bukan soalan baru pon. ianya soalan lama yang saya jumpa di grup tele SHO.
Jadi masa kertas 2 tu, memang betul weh soalan spot tu masuk. Masa ni memang dah yakin habislah akan lulus. sama dengan kertas 3.
Jadi, masa keluar result. kertas 1 je la gagal.
Ok takpe, kita study semula soalan kertas satu tu. Saya retake semula exam pada 2023 tak silap. Alhamdulillah lulus dah...
So, jika korang pun pernah gagal kertas satu, jangan risau. cubalah study soalan spot saya ni. sebabnya masa saya repeat 2023 tu, soalan sama je macam 2021 yang saya ambil.
So saya harap kalau anda ambil tahun ni, soalan yang sama juga lah keluar.
Boleh PM di fb page saya ehmiray untuk dapatkan soalan tersebut.
Setakat ni saya dah kongsikan dengan lebih 50 orang yang DM saya, yang datang daripada post sebelum ni.
Untuk baca lebih banyak pasal SHO, boleh klik link dibawah :
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^