Review Filem The Odyssey

Hi! 

Post sebelum ni aku share pasal TGV Indulge di Suria KLCC

Sila baca kalau anda belum pernah try.

Rasanya dah lama aku tak tulis review filem kat sini. tapi sebab harini aku sanggup amek AL sebab nak tengok wayang. Ceh sebenarnya nak me time je. Siap usung laptop adik aku yer sebab nak menaip. Kalau guna tab tak best dan tak feel.

Ok back to main topic iaitu The Odyssey.






Sebelum aku tengok cerita ni, aku ada la buat research sikit pasal cerita ni so masa tengok tu takde lah blur sangat awat Zendaya tu kejap je watak dia. Rupanya dia bukan manusia, dia dh pun dib4nuh masa Troy kena take over.

So watak Odessues dalam ni, aku suka sebab dia bijak, tak ikut emosi semata. Walaupun orang bawahan dia kadang mcm tak setuju dengan dia, tapi kalau majoriti buat keputusan A, dia akan akur je.

Watak-watak dalam filem ni aku boleh faham la peranan dia walaupun tak ramai pun. And flow ujian yang dihadapi pun tak terlalu complicated. Ada yang sekejap, ada yang lama sikit tapi paling penting setiap ujian tu memang ada nyawa yang terkorban.

Dan yeah it is something that they expect, bermula dengan cyclops yang mata satu tu. Pastu ada pasal Poseidon.

Oh ya, dorang banyak kali sebut pasal Zeus's Law.  So korang kalau rajin, boleh baca dulu apa dia zus law. yang aku ingat is masa Penelope cakap 'treat stranger with nice' is part of Zeus law.

Akhir kata, aku bagi 9/10 untuk filem ni !! Recommended untuk tengok kalau korang peminat war dan terutama kalau korang peminat filem pengarah Christoper Nolan, maka WAJIBBBBB tengok. kalau bukan sekarang pun, tengok nanti.. 



 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement