Pengalaman Pertama Kali TGV Indulge di Suria KLCC

Hi!

Disebabkan ni pertama kali aku beli tiket Indulge ni, maka aku nak try di Suria KLCC. Antara mall yang aku anggap ianya sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.






Lama jugaklah aku fikir untuk buat keputusan nak beli tiket ni sebab harganya bukan murah tau walaupun hari bekerja sebelum 12pm.

Disebabkan cerita baru keluar setiap hari Khamis dan aku pula nak tengok pada hari Rabu, maka pilihan yang ada agak terhad. Tambah pula aku baru je tengok Residentn Evil dan Chelot baru-baru ni.

Dan aku nak tengok wayang pagi, sebelum 12pm, bukan sebab tiket murah sebab nak elakkan mengantuk !

Bila aku scroll cerita yang ada, memang tak banyak pilihan pagi. Pada mulanya aku nak tengok cerita Once Upon A Time In A middle East, ni cerita cina tapi ada unsur timur tengah. menarik ke menarik ? 

Tapi sayangnya cerita ni walaupun baru keluar tapi tak banyak waktu tayangan. Pada mulanya ada jam 10.30am. lepas tu bila aku nak beli, eh dah tukar masa kul 1 dan Beanie seat je ada. Dah la RM55. harga tu untuk dua orang.

Cerita hantu memang aku dah pangkah awal2 dah tak nak tengok sebab aku bukannya berani sangat. Haritu tengok resident evil pun aku terkejut mcm apa. 

survey punya survey, akhirnya aku dah jumpa cerita yang aku nak tengok iaitu The Odyssey.

Aku teringat haritu member ada ajak tengok cerita ni tapi tak jadi. So pastu aku baru tahu pengarah filem ni ialah Christopher Nolan, yang buat movie Interstellar dan Oppenheimer. Dua cerita ni aku dah tengok rupanyaaa and secara tak langsung sebenarnya aku suka je karya beliau. So agak rugi untuk aku tidak tengok filem terbaru beliau.

Cerita ni durasi 2jam 50 minit. Bukan sekejap ye. Pastu bila cek, tayangan yang ada cuma Indulge je. Aku tak pernah ambil tahu sangat sebenarnya pasal jenis seat yang ada dalam panggung wayang ni.

So bermulalah pencarian aku untuk mengetahui apa beza Indulge, Imax, Beanie, Atmos dll ni.

Harga untuk indulge ni ada 2 jenis iaitu Indulge Bed Seat biasa yang ni RM95.

Satu lagi Indulge Katil Coway, yang ni RM130.

Timing yang ada untuk siang cuma 12pm so ok laa. aku booked yang tu RM96 termasuk tax.

Jam 10am aku dah terpacak kat TGV ni, aku pergi makan berat dulu sebab walaupun dalam wayang tu ada makan tapi aku baca dia hidang dalam 30 minit lepas wayang start. so mungkin paling awal aku dapat makanan pada jam 12.30pm.

Masa scan tu dia terus amek order nak makan apa. tak banyak pun menu yang ada. boleh tengok gambar kat bawah ni. Air plak aku order ice chocolate, asalnya nak order coffee tapi sebab fikir lepas wayang ni aku nak pergi lepak coffee shop. 

Kalau order ala carte, makanan je dah rm40, air plak rm13. Tiket wayang tu rm55. So total RM108 tapi kena bayar rm96 jee.

So kul 10.30am aku dah gerak pergi lounge Indulge tu. Masuk je, aku terus cari kerusi urut. Dalam tu takde orang lain pun melainkan aku dan ade sorang lagi tapi aku rasa dia staff.

Best wei kerusi urut tu. Almaklumlah kat rumah aku takde kerusi urut ni, kalau nak urut kat mall plak kena bayar rm10 utk 10 minit.. ni dpt urut dekat 2 jam.

15 minit lagi nak kul 12, aku pergi dulu toilet untuk cleankan ape yang patut, masuk hall.. perghh selesa giler kerusi dia !! boleh adjust bagi baring and aku rasa memang boleh tertidur. Nasib baik lah aku memang nak tengok movie tu memang try my best la untuk focus.

Movie ni kan 2jam 50 minit. So memang selesa sangattttt... 

Movie tu pun best wei walaupun perang tapi aku enjoy jee..

Next time rasa nak bawa my mum plak tapi kena tengok dulu la cerita yang sesuai. hehe 


ok rasanya tu jee..

gambar aku upload nanti ye, aku post dulu.

Thank you baca sampai habis aku bebel ni !! 



 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement