Hari ni baru rajin nak menulis.
Untuk yang tak tahu, empunya blog ni tengah buat master in business administration kat UiTM Shah Alam. Sekarang dah tamat semester 2.
So untuk semester dua ni ada 2 subjek iaitu :
- Business Analytics (MGT)
- Business Economics (ECO)
- Business Research Ethics (BRM)
Tambahan, Applied Business Project - Proposal stage.
Semester ni agak hektik bagi aku sebab aku dah start kerja, dah lah kerja plak kat KL. so ko bayangkanlah aku habis kerja 5pm tu, pastu naik LRT then LRT3 untuk menuju ke UiTM. fuhh berkicap yer.. tapi bila fikir balik perghh gigihnyaaa aku pergi kelas. sebab tu aku lah orang paling happy kalau kelas online !
Ok bagi aku kupas dulu satu-satu pasal semua ni.
1. Business Analytics.
Yang ni aku rasa sebenarnya belajar basic je macam pasal Pivot table. Untuk yang tak biasa dengan excel memang akan rasa susah dan tak faham, untuk yang dah biasa mungkin rasa kacang je ! Untuk aku, pertengahan. haha. Ni ada mid term dan final exam. ada group assignment. Presentation je takde. masa kelas korang kena bawa laptop dan kena sama-sama buat. tapi kalau kelas online aku rasa mcm lagi best sebab ada recording dan korang boleh tengok balik untuk hadam. so far aku memang kena tengok berkali-kali recording tu baru faham.
Tips before final exam, korang buat siap-siap template jawapan. nak terangkan susah tapi korang pandai-pandailah hadamkan eh.. aku tak buat pun template tu tapi member sebelah dah buat siap2 so memang laju la dia siap. tapi tetap aku yang siap dulu sebab aku nak balik awal.
2. Business Economics.
Subjek ni aku rasa macam BANYAK betul input tau tapi tu lah bila banyak sangat, nak sumbat dalam otak yang tak berapa nak fresh ni memang tak jadi la. hehe. Ada dekat 16 chapter dan memang aku tak terkejar nak fahamkan. Lagipula aku bukan background economics. so memang banyak jargon terms yang aku tak faham. Yang ni ada final assestment, mid term dan presentation. semua ada lah senang cerita. Tapi tu lah masa assignment tu memang aku banyak minta tolong Ai untuk fahamkan semula apa yang belajar dalam kelas.
3. Business Research Ethics
Subjek ni sebenarnya sebagai sokongan kepada ABP, sebab ABP kan fasa proposal, so mestilah korang kena ada guidance how to make a proposal kan, walaupun di peringkat master. So topik untuk subjek ni banyak guide lah apa yang korang kena tulis dan jangan tulis masa tulis proposal. masa collect data dan thesis nanti sebab lepas ni kena gerak sendiri. takde final exam tapi korang kena submit proposal yang korang buat untuk ABP tu. tapi kan, korang kena buat ikut selera lecturer tu, contohnya lectuer BRM cakap ok korang kena guna convenience sampling. so korang ikut je tulis convenience sampling.
tapi bila korang tunjuk kat supervisor korang (ABP), dia cakap eh convenience sampling ni tak sesuai, kena buat purposive. hah korang adjust plak proposal nak submit untuk ABP tu tulis purposive. faham tak ? sebab at the end of the day, buat based on apa yang disuggest. unless korang hati kental nak tegakkan yang mana satu betul. eh panjang plak explain.
ABP
yang ni group project, 2-3 orang je 1 group. tak leh buat sorang-sorang dan tak boleh 4 orang. so group aku 2 orang je and i freaking HATE it but i redha je lah benda pun dah separuh jalan. proposal pun dah hantar.
ok ni aku nak nasihat sikit nanti time korang nak pilih tajuk project korang tu kan, PLEASE pilih yang senang je tau, contoh macam aku ni buat pasal business cermin mata je. bagi aku senang sebab RAMAI orang pakai spec mata. Bukan apa, korang tu dah lah kerja full time sambil study, kenapa nak pening kepala untuk proposal ni. dah lah kena buat assignment, mid exam, final exam semua tu. tu belum lagi kalau dapat sleeping partner or free rider. tak ke pening kepala ? So kalau korang punya topik tu ringan, takde lah stress kalau kena buat sorang-sorang. ni aku dah pesan awal tau.
ok rasanya tu je yang aku nak kongsi. kalau korang ada soalan ke ape, please lah tanya je kat komen bawah ni. biar orang lain pun tahu. Aku tak rajin la nak attend soalan sama. cewahh poyo plak. hehe takdelah aku nak korang bantu boostkan post aku ni biar reach ramai lagi yang berminat nak buat MBA di UiTM. Mana tahu korang tanya soalan tu nanti aku buat plak post khas daripada soalan korang tu.
Ok itu sahaja ulasan aku untuk semester ini. terima kasih kerana sudi baca.
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

0 Comments
Thank you for your comment ^_^