Pengalaman Kerja Remote Freelance Travel Consultant

Hi! 

Hari terajin nak kongsi pengalaman aku bekerja secara remote freelance travel consultant untuk sebuah syarikat yang clientnya dari USA dan Canada pada bulan 5 haritu.

Kenapa nak share ? Sebab masa aku mula-mula nak kerja dengan syarikat ni, takde jumpa pun orang yang kongsi pasal ni. Jadi, masa tu aku berada dalam tanda tanya juga lah, adakah pekerjaan ini scam atau legit? Bila search, ada yang cakap scam tapi ada yang cakap legit. Tak tahu nak percaya yang mana satu.

Last-last aku jumpa seorang Malaysian yang masa tu tengah kerja as travel consultant ni dah hampir 5 bulan. So kalau scam, takkan lah beliau bertahan sampai bulan ke-5, betul tak? masa tu aku lega sedikit dan percaya lah ianya bukan scam cumanya still terasa discam sebab ada benda yang tak tahu masa mula-mula, ni aku ada tulis kat bawah. Teruskan membaca ya! *maaf saya tak boleh dedahkan siapa orang tu untuk hormati privasi beliau. kalau nak tahu, cari sendiri! 

Oh ya, lagi satu pasal scam ni, selalunya scammer akan minta DUIT daripada kita dulu kan? Atau pun minta kita buat kerja dan menjanjikan nanti dapat bayaran tinggi lah.Tapi untuk kerja ni, tak pun, takde kena bayar pun malah aku dapat ILMU PERCUMA pasal travel yang SUSAH NAK DAPAT KAT MANA-MANA! Hanya kerajinan dan komitmen diperlukan. 

 So ape lagi, biarlah aku jadi orang melayu pertama yang kongsikan. cewahh. Aku berminat sebab tengok kerja as travel consultant + remote + freelance. tapi tu lah, 

Masa ni tak berapa tahu sangat kerja ni macam mana, so aku just anggap kena buat 'consultation' lah related to travel.

DAFTAR /MOHON KERJA

Cara untuk kerja disini tak seperti syarikat di Malaysia iaitu anda kena mohon, bagi resume dan tunggu sehingga dihubungi.

Untuk kerja ni, sign up - completekan ALL module dan 3 stage - HIRED ! 

Proses sign up sangat mudah, just isi lah maklumat yang diperlukan dan ada English assestment yang tak susah pun, kalau English anda C pun still boleh jawab. Jangan risau ok. 

ADA INTERVIEW KE KERJA REMOTE FREELANCE TRAVEL CONSULTANT NI ?

Aku tahu ramai yang nak tahu benda ni, jawapannya ialah TIADA !!!!

Eh habis tu macamana nak tahu kita diterima kerja atau tidak ?

Hah ini part paling menarik sebelum anda dapat kerja ni, iaitu anda hanya perlu enroll module courses yang mereka dah sediakan dan jawab assestment untuk setiap module. Semua sekali ada 3 stage.

Module dia akan ajar anda daripada terpaling basic pasal travel ni contohnya ada berapa jenis airlines yang ada, seat classes sampailah yang susah iaitu anda kena praktis untuk jadi 'consultant'. No worry semuanya diguide ! Nak dengan tak nak je. 

THREE TRAINING STAGES

Dua stage pertama ialah self-learning. Jadinya anda perlu tengok video dan jawab assestment selepas tamat module tu je.

Oh ye, masa anda jawab assestment tu kan, anda hanya ada 3 kali peluang sahaja untuk jawab kalau tak akaun anda akan dibekukan/ dinyahaktif. 

1. STAGE PERTAMA ( BASIC CERTIFICATE )
- Self learning
- Maksimum 10 hari masa diberikan untuk siapkan module dan assestment, p/s : saya siap dalam sehari je sebab all out!.
- Ilmu asas tentang penerbangan, yelah nak jadi travel consultant kan.
- Dah complete semua baru pergi ke next stage.

2. STAGE KEDUA (PRE-LIVE) 
- Self learning
-Maksimum 6 hari untuk siapkan semua module. Tapi untuk 1 module tu ada masa dia juga. 
p/s : yang ini pun saya siap dalam sehari je sebab saya pulun!
- Ilmu communication skill - cara call customer, cara handle customer dan sebagainya. SANGAT BAGUS JIKA ANDA ZERO KNOWLEDGE IN CUSTOMER SERVICE MACAM SAYA!
- Dah complete ni baru pergi ke stage 3.

3. STAGE KETIGA ( LIVE NESTING)
- Guided training, ada mentor dan coach.
- Ada fix date, kena attend training mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
- Kalau tak datang sehari je, berkemungkinan untuk diremove!
- Masa ni lah anda akan dapat nickname dan diberi akses personal emel. contohnya nickname saya mialala, so emel saya mialala(at)travel(dotcom).
- Masa ni juga kena sign agreement, setup account Payoneer dan semua lah persediaan sebelum korang onboard untuk kerja.

Rasanya cukuplah setakat ni saya beritahu info pasal kerja ni. 

Sekarang nak kongsi benda yang saya baru tahu selepas saya join, salah satu faktornya ialah saya tak ambil tahu sangat, just layan the flow je. 

So, saya harap lepas saya dah kongsikan ni, kalian boleh fikir-fikir dahulu sebelum nak apply.

1. Kena berani speaking - sebab kalian kena call client dari USA, Canada dan bercakap dengan mereka.
2. Fully commission-based - tiada basic salary tapi kalau dapat close 1 customer, masyuk juga tau sebab gaji dalam USD.
3. Kena kerja 5 hari seminggu, waktu kerja pula shift dan selalunya tengah malam iaitu 11pm-8am. Sanggup ke ?
4. Walaupun nama kerja ni 'freelance' tapi tak flexible pun waktu kerja. ada waktu kerja iaitu 8jam. 
5. Tak sesuai untuk yang tak biasa berjaga malam.

KENAPA SAYA TAK TERUSKAN KERJA NI SELEPAS DAH SELESAI TRAINING DAN MULA KERJA?

Saya hanya sempat bekerja tak sampai seminggu selepas tamat 3 stage training tadi yang berlaku selama sebulan. Alasannya masa tu saya ada trip jalan-jalan yang saya dah plan awal dan saya tak dapat bagi komitment untuk kerja. Bila saya nak mohon cuti, dia cakap kalau 2 hari tu ok, kalau sampai seminggu memang tak dapatlah. Saya faham je mana-mana syarikat pun bukan senang nak luluskan cuti lama lagi-lagi kalau baru kerja. So sebab tu lah saya stop dan diterminate. Cenggitu je.

Tetapi pengalaman yang saya dapat semasa training tu amat berharga lagi-lagi ilmu dan juga pengalaman bekerja sebagai customer service. Ada skrip siap-siap dah, just kena ikut je dan sesuaikan dengan keadaan. Saya siap print lagi tau semua skrip ni dan letak dalam file. Hah gigih ke gigih ??

Bukan tu je, saya berpeluang untuk akses satu sistem yang digunakan oleh pekerja. Dalam sistem tu, boleh buat semua benda! Hantar emel, call, whatsapp, cek harga tiket flight, lock ticket, send PNR dan macam-macam lagi !

BANYAK MANA PENDAPATAN JIKA KERJA DISINI ?

Kalau anda tanya saya berapa saya dapat selama saya bekerja disini, jawapannya ZERO. Yelah dah saya kerja seminggu je, nak dapat apa wei. Benda pon commission based. Tak sempat close sorang customer pun. Tapi kalau korang betul-betul bersemangat, jangan risau pasti boleh closed! Sebab client yang korang call tu memang dah ada plan nak beli ticket pun just tak tahu je confirm nak beli or masih survey.

Percayalah, once korang dapat first sale, korang akan semangat giler nak kerja untuk dapat second sale. 

ADAKAH SAYA RECOMMEND KERJA NI ?


So far saya kerja ni okay je, cabaran utama yang saya hadapi ialah diri sendiri sebab kena berjaga malam (11PM-8AM) pastu kena call client tengah malam. Kau faham tak the struggle??? Dengan suara mcm nak tidur tu, 'hi, may I speaking to Zaraziyo? , if yes,  are you still looking for a flight ticket ? bla bla bla.. 

 YA - jika anda betul-betul desperate nak kerja dan sanggup berjaga malam, please cuba!!

TIDAK - jika anda sekadar nak isi masa lapang, mungkin boleh enroll training tapi saya yakin anda tidak akan lepas stage 3 sebab yang tu memang kena bagi komitment betul2 macam kerja sebenar. 


Kalau anda ada soalan pasal kerja ni yang saya tidak cerita di atas, boleh tanya di ruangan komen supaya yang lain pun dapat manfaat juga. Terima kasih kerana membaca!


Tak sabar nak kongsi pengalaman saya kerja FREELANCE tanpa sebarang skill. Nak tahu ? Nantikan!! 


 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement