Harini saya rajin nak kongsikan pengalaman saya job hunting 2.0.
Masa 1.0 dulu, saya lebih fokus jawatan yang berkait dengan bidang yang saya pernah belajar. Untuk 2.0 ini, saya apply je kerja yang saya rasa saya boleh buat kerja tu.
Fokus saya ialah untuk bekerja yang dekat dengan rumah, supaya saya dapat berjimat dan time wise. Jika jauh pun, nak yang dekat dengan public transport iaitu MRT/LRT sebab anda tahu je lah sesaknya jalan raya jika pada hari bekerja. Dan saya pula sekarang ada komitmen kelas pada setiap lewat petang sehingga malam, jadi agak rushing untuk pulang.
1. Operation Coordinator - Shah Alam | JOBSTREET
Saya agak berharap untuk dapat kerja ni sebab jobscope melibatkan admin, logistic dan audit. Tempat kerja ni dekat je dengan rumah, boleh naik bas selangorku atau LRT3 yang bakal siap nanti. Hanya sempat pre-interview je secara online, tak sampai 15 minit pun.
Keputusan : GAGAL
2. Executive, Operation, Glenmarie, Shah Alam | JOBSTREET
Sebuah syarikat besar, yang jual penapis air, udara dan aircond. Jika saya sebut mesti anda tahu.
Interview fizikal di pejabat, siap dihidang air manis weh. Impressed jap. Yang interview tu wakil HR dan manager, both Chinese. Soalan dia bagi saya agak mencabar mungkin saya tidak menyediakan skema jawapan untuk setiap soalan tersebut tetapi saya berasa lega dengan diri sendiri kerana sudah mampu berfikir secara kritis. cewah!
Keputusan : Pending
3. Mortgage Loan Consultant, Setia Alam, Shah Alam | JOBSTREET
Setelah saya dapat tawaran temuduga ni, saya rasa agak berminat untuk menceburi bidang ini kerana saya berpendapat jika saya menjadi mortgage loan consultant ni, saya akan dapat banyak ilmu bukan sahaja tentang hartanah tetapi tentang law, bank dan yang sewaktu dengannya.
Sesi interview pertama berlaku di Setia Alam, jarak dalam 14km dari rumah tapi kalau tak jam dalam 20 minit juga la. Saya sedang mencari juga kerja yang sama tetapi di area shah alam, kalau ade, roger!
Keputusan : Berjaya ke peringkat kedua tetapi saya menolak.
4. Wealth Advisor, Maluri, KL | JOBSTREET
Kerjanya lebih kurang dengan nombor 3 cuma lebih kepada kewangan sahaja, bukan hartanah. Saya terus tolak sebab first interview sesi dia nak buat fizikal kat KL. Maaf saya agak serik nak pergi fizikal interview jika jauh ni.
Keputusan : Reject sebelum pergi interview.
5. Customer Care ( Learning Advisor ) | JOBSTREET
Keputusan : Tolak sebab tetiba rasa cam tak berminat plak dengan syarikat ni sebab ingatkan hanya advisor tapi kena cari sale juga.
6. Customer service, reply whatsapp chat , remote | UPWORK
aku tolak sebab waktu kerja tak tentu, kang time tidur aku tak reply terus kena maki. tak mahu lah. haha
7. Social Media Live Agent, Remote | LINKEDIN
Ni aku dah sampai second stage interview tapi kena kick sebab aku tercakap something yang tak sepatutnya aku cakap. Haha. takpelah takde rezeki. Lagipun kan aku rasa kerja ni bukan senang wei tapi gaji ciput je. and jobscope kerja tu macam tak kena dengan jawatan tu.
8. Account & Admin Executive | JOBSTREET
OK, pending.
9. Customer Service Executive, Puchong | JOBSTREET
Kena kerja fully onsite untuk sebuah bank, balik 6pm. memang tak lah sebab aku rushing nak kena pergi kelas. So yeah terpaksa tolak walaupun dah hampir comfirm dapat job ni.
9. Real Estate Negotiator | JOBSTREET
Tolak sebab baru tahu office kat Cyberjaya. Tak mahulah.
10. Sales Executive, not sure where
Dia whatsapp tapi aku tak reply pastu biarkan je lah.
11. Monitoring Support
Masa ni aku low self esteem untuk jawab call. pastu dia tanya plak boleh tak dia call. So yeah aku melepaskan peluang yang besar ini!
12.
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^