Tips Pilih Syarikat Pengelola Jemaah Haji

Hi! 

TIPS PILIH PJH 





Range harga pakej PJH ni bermula RM45,000 sehingga RM200,000. Tips ni penting supaya anda dapat pilih pakej pilihan anda. Jadi, penting untuk anda  tahu beberapa perkara termasuklah :

1. JUMLAH HARI

Paling sekejap adalah yang paling mahal kerana yang ambil pakej ini ialah orang yang mempunyai kekangan masa, terutamanya ahli perniagaan. Tak boleh 'cuti' lama walaupun CEO syarikat. 

Standard 30-45 hari. Ada orang dia nak memaksimumkan hari berada di tanah suci, ada orang, limit dia mungkin 1 bulan sahaja sebab tinggalkan keluarga, kerja dll. 


2. PENERBANGAN AWAL/AKHIR?

Jika penerbangan awal, selalunya akan turun di Madinah dahulu. Jika penerbangan akhir,akan turun di Mekah. Special untuk kuota tambahan iaitu yang terbang disaat akhir iaitu kurang seminggu dari hari wukuf, mereka akan turun di Mekah tapi menginap di Aziziyah sehingga habis haji. Barulah akan pulang ke Mekah.

Kenapa orang selalu nak penerbangan akhir ? 
Sebab tidak terlalu lama berada dalam ihram untuk yang buat haji ifrad. dan selepas haji, lebih banyak masa untuk beribadah di Mekah kerana tidak berada dalam situasi kritikal kena jaga kesihatan. 

Selepas haji, jemaah akan beransur-ansur pulang ke tanah air, bagi yang penerbangan akhir, maka mereka juga akan menjadi antara jemaah terakhir yang pulang. Mereka ada kesempatan untuk melihat hari pertukaran kiswah ka'abah pada 1 Muharram. tak ke beruntung tu?


3. JARAK HOTEL

Jarak hotel mainkan peranan juga, biasanya kalau pakej paling murah, jarak hotel di Mekah sekitar 300-600m seperti area Ajyad, Makarem atau Anjum. Ada juga pakej mahal tapi hotel sama seperti pakej murah PJH lain. Jika anda sudah pernah tunaikan umrah, mesti anda familiar dengan hotel-hotel ni.

Ada orang dia tak kisah sangat jarak hotel ni sebab masih muda dan kuat berjalan. Untuk yang dah usia senja, hotel dekat mestilah menjadi keutamaan. Hotel terdekat sudah tentulah di clock tower! Memang confirm boleh solat 5x sehari kat Masjidil Haram. Time lenggang pun boleh balik hotel kejap. 

4. VISA HAJI ATAU MUJAMALAH 

Ini penting juga, jika visa haji, memang akan melalui tabung haji. Visa mujamalah ni rumit sikit. tetapi setakat yang saya tahu, PJH juga ada menawarkan visa Mujamalah ni untuk pakej 100k ke atas, maksudnya dia tidak guna kuota haji dan akan pergi penerbangan terakhir kerana mereka naik penerbangan komersial. *jika salah boleh betulkan. 


5. 

 



 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement