KARNIVAL HAJI
Jika anda sudah berhasrat untuk pergi haji beberapa tahun lagi terutamanya dengan Pengelola Jemaah Haji (PJH). Anda sudah boleh rajinkan diri pergi Karnival haji untuk dapat maklumat mengenainya kerana setiap PJH menawarkan pakej berbeza.
Karnival Haji ni saya sempat pergi yang tahun 2023 je, mujur rajin ambil brochure dan pamphlet haji untuk setiap PJH. Karnival haji 2024 tu saya tidak dapat pergi kerana ada hal lain.
Tetapi kami telah pun mendaftar lebih awal dengan PJH sebelum karnival haji berlangsung lagi. Walaupun tak dapat pergi karnival haji, kami tetap survey harga pakej haji dari pelbagai PJH. Harga Ketika itu bermula RM49,470.
DAFTAR HAJI DENGAN PJH
Jika anda sudah ada perancangan untuk pergi haji dengan PJH, anda boleh survey pakej yang ada sebagai persediaan awal. Disebabkan PJH 2024 kebanyakannya terdiri daripada PJH tahun sebelumnya maka lebih mudah untuk buat perbandingan harga dan pakej yang ditawarkan. Untuk 2025, terdapat banyak Syarikat PJH baru. Jadi harga pun lebih kurang sama dengan 2024 kerana terdapat banyak saingan.
Saya dan ibu telah pergi ke pejabat PJH sendiri untuk mengetahui lebih lanjut pakej yang ditawarkan. Oleh kerana tidak mahu pening kepala mempunyai terlalu banyak pilihan PJH maka kami ‘stick’ je dengan PJH yang ini dan daftar. Urusan daftar tidak memerlukan sebarang bayaran sehinggalah anda menerima tawaran haji.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^