4 Aktiviti Wajib di Dalat 2025 !



Dalat terletak di kawasan Tanah Tinggi Tengah (Central Highlands) di Vietnam. Ia merupakan ibu kota bagi Wilayah Lâm Đồng.

Bandar ini berada pada ketinggian kira-kira 1,500 meter dari aras laut, yang memberikannya iklim sederhana yang sejuk sepanjang tahun, berbeza dengan iklim tropika di kebanyakan kawasan lain di Vietnam. Oleh sebab itu, Dalat digelar "Bandar Musim Bunga Abadi" dan terkenal sebagai destinasi pelancongan yang popular. - Gemini.

WAKTU TERBAIK UNTUK MELANCONG KE DALAT 

Waktu terbaik untuk melawat Dalat, adalah semasa musim kering, iaitu antara bulan Disember hingga Mac.

1. Musim Kering (Disember - Mac): Waktu Puncak & Terbaik - high season

Cuaca: Ini adalah musim yang paling ideal. Anda boleh menjangkakan suhu sejuk yang selesa, sekitar 15°C hingga 25°C. Waktu siangnya cerah dan kering, sesuai untuk aktiviti luar seperti melawat taman bunga, air terjun, dan ladang teh. Semua bunga-bungaan kembang mekar dengan cantik. Pesta Bunga Dalat yang terkenal selalunya diadakan pada bulan Disember.

2. Musim Hujan (April - November): Suasana Tenang & Alam yang Subur - low season

Cuaca: Hujan akan mula turun dengan lebih kerap, terutamanya pada waktu petang. Hujan paling lebat biasanya antara bulan Jun hingga Oktober. Walaupun hujan, ia selalunya tidak berpanjangan sepanjang hari. 

MUSIM BUNGA DI DALAT

1. Bunga Matahari Liar (Wild Sunflowers): Oktober - November

 2. Bunga Sakura Dalat (Mai Anh Dao): Januari - Februari

 3. Bunga Phoenix Ungu (Purple Phoenix): Mac - April

 4. Bunga Hydrangea: Mekar sepanjang tahun, tetapi paling cantik semasa musim hujan.


PENERBANGAN KE DALAT

Tahukah anda, ada tiket flight direct ke Dalat dari Kuala Lumpur serendah RM450 (lebih murah pun ada) return trip dengan Air Asia. Jadi anda tidak lagi perlu gerak dari Ho Chi Minh untuk ke Dalat yang memakan masa selama 7 jam. 
 

Anda ada perancangan untuk ke Dalat, Vietnam ? 

Masih fikir nak pergi dengan travel ejen atau pergi sendiri (DIY) sahaja? Jom saya nak kongsikan 4 aktiviti menarik yang wajib untuk anda cuba apabila anda travel ke Dalat, semua tempat ni saya dah berikan maklumat selengkapnya jadi anda dah tak perlu buat research mendalam. Baca je tips dibawah.

Ho Chi Minh - Mui Ne - Dalat ? 

Jika anda rancang untuk pergi ke Ho Chi Minh dahulu kemudian ke Dalat, anda boleh pilih sama ada menaiki bas malam ke Dalat yang berharga RM56 atau RM90, atau menyewa kereta sewa (termasuk driver dan ada singgah Muine untuk main ATV di padang pasir) dengan harga serendah RM112 seorang jika anda pergi berlima.

Setibanya di Muine, anda boleh menunggang ATV yang terkenal disana dengan harga yang berpatutan untuk 2 orang hanya 600k-700k sahaja untuk 20-30 minit.

Pilihan syarikat ATV : 

1. U & Me  : Laman web rasmi . Lebih tourist friendly - recommended.
2. Haituan  : Lebih local friendly.

*terpromote Mui Ne pula sebab saya rasa kalau dari HCM tu, selain naik bas malam 7jam. Anda juga boleh pilih untuk gerak siang dan singgah MuiNe sebab dah alang2 sangat lalu, sayanglah kalau tak singgah! 


Tempat menarik di Dalat.

Kebanyakan tempat menarik di Dalat berada tidak jauh antara satu sama lain. Jika disenaraikan tempat menarik di Dalat ni, rasanya ada lebih 20 tempat tarikan pelancong tau (saya kongsikan di akhir post ini)! Kalau nak pergi semua, 5 hari pun tak habis pergi sebab sehari mungkin dapat pergi 3-4 tempat je. Tambah pula tempat tu ialah tempat yang mesra OOTD dan ada lebih dari 3 aktiviti yang oleh dilakukan.Lagilah lama anda akan spend masa kat tempat tersebut.

Untuk 4 tempat yang saya nak kongsikan dibawah ni, tarikan utamanya bukanlah untuk OOTD tetapi untuk beraktiviti. Jadi, para penggemar aktiviti wajib pergi tempat ini dahulu!

1. DALAT FLOWER HIGHLAND (Cao Nguyen Hao Dalat)

Entrance



p/s : kat dalat ni banyak taman bunga tau, jangan tersalah taman bunga pula kalau nak main mario kart ni.


Pernah tengok orang main mario kart di dalat? Tapi tak tahu kat mana? Hah tempat tu di dalat highland flower, atau KDL Sinh Thái Cao Nguyên Hoa Đà Lạt (di Google). Jika anda search mario kart dalat je memang tak keluar nama tempat ni sebab yelah nama highland flower tapi kenapa ada mario kart pula kan. 

Tempat ni sebenarnya agak terkenal di kalangan pelancong berkulit putih kerana ada banyak yang mereka kongsikan video bermain 'mario kart' dan kebanyakan video mereka adalah video kem4langan semasa bermain.



Tetapi sebenarnya jika anda pandu dengan berhemah, risiko berlaku kemalangan sangatlah rendah walaupun anda tidak pandai memandu kereta.

Harga tiket walkin:
Tanpa permainan luge : 150,000 VND
Dengan permainan luge, 2x ride : 250,000 VND.

Harga tiket Online :
Klook : KLIK DISINI
 



Percayalah, anda takkan puas main 2x je sebab permainan luge kat sini lagi mencabar, dan best daripada yang ada kat Rawang tu. Tapi nak buat macam mana, limit 2r ide sahaja seorang. 

Yang bestnya, anda boleh rekod semasa anda main kerana mereka menyediakan helmet yang boleh dilekatkan telefon di atas helmet tersebut. Itulah sebenarnya kenapa banyak video bermain 'mario kart' banyak. 

Tips travel : Jika anda menempah tiket masuk di Klook, jangan lupa untuk masukkan kod 'EHMIRAYY' untuk diskaun sehingga RM40 dengan pembelian minimum RM250 ! Lebih jimat dan berbaloi ! 


2. ALPINE COASTER 3 + DATANLA WATERFALL

Alpine Coaster 3 : 2,400 meter
Alpine Coaster 1 : 1,200 meter

Permainan coaster ini tidak asing lagi di Vietnam. Bukan sahaja di Dalat terdapat permainan coaster ni, di Sapa, Danang dan beberapa tempat lain juga ada. Tetapi coaster yang ada di Dalat ini ialah yang terpanjang di Asia Tenggara!



Jika anda ingin bermain coaster yang terpanjang di Asia Tenggara ini, anda perlu pergi ke 'Datanla New Alpine Coaster' (Coaster 3). Terdapat lagi satu entrance, iaitu Khu du lịch Thác Datanla (Coaster 1). Disini juga terdapat alpine coaster 1 tetapi treknya pendek sedikit iaitu 1,200 meter.

Kedua-dua entrance ini dekat sahaja antara satu sama lain, tetapi jika anda kesuntukan masa, boleh main di Alpine Coaster 3 juga sudah mencukupi.


Tiket walk-in alpine coaster 3 : 250k / round trip.
Tiket Online di Klook : Klik disini.

Bukan permainan coaster sahaja yang ada disini, terdapat aktiviti zipline sepanjang 1,500m dan juga high rope course.

Harga Combo Walkin
Coaster + Zipline : 1,050,000 VND
Coaster + Rope course : 650,000 VND
Zipline + Rope course : 1,200,000 VND

Harga Combo Online :


3. MONGO LAND



Jika anda pernah lihat orang duduk dalam pelampung kemudian gelongsor atas alunan yang berwarna warni tu, memang betullah itu di Mongo land.

Tiket walkin 100,000 VND percuma air  mineral atau jika anda ingin air manis seperti vietnamese coffee, milk tea dan air buah, anda hanya perlu menambah 20k sahaja!

Di dalam Mongoland juga terdapat pelbagai aktivit yang sesuai untuk seisi keluarga. terdapat banyak jenis haiwan di dalam tu, anda akan berada seperti di dalam mini zoo. Antara haiwan yang ada ialah anak anjing, kambing biri-biri, alpaca, guine pig, arnab dan banyak lagi.




Jika anda ingin bermainan gelongsor tu, ianya unlimited rides! Tapi beratur sangatlah lama jika anda datang semasa hujung minggu kerana warga lokal disana juga gemar untuk berkunjung. Lebih berbaloi lagi jika anda ingin kenangan anda bermain permainan tersebut, anda hanya boleh menambah servis tambahan iaitu 'professional filming service', mereka akan rakam video anda meluncur menggunakan drone dan juga ada crew yang stanby kat bawah untuk rekod. Bayaran hanya 300,000 sahaja untuk 1x gelongsor. Jadi jika anda ada 10 orang, seorang hanya perlu bayar 30,000 sahaja. Hasilnya sangatlah memuaskan hati.

4. DALAT CABLE CAR (ROBIN HILL )





Walaupun naik cable car ni tiadalah nak beraktiviti sangat tapi yang 'mahal' bila naik cable car ni sebenarnya ialah view ! Anda tak perlu hiking tinggi untuk tengok view cantik. Cukup duduk dalam kereta kabel dengan santai sambil ambil gambar. Best kan?

 Terdapat 2 tempat masuk, jika anda dari Datanla, anda boleh naik cable car dari entrance Tuyen Lam station, anda boleh singgah ke Truc Lam Monastery.

Jika anda dari city center, anda boleh naik dari 'Dalat Cable Car Tourist Center' .

Tiket walkin : 1 way 120,000VND. Round trip : 150,000 VND.
Tiket di Klook : KLIK SINI  (lebih berbaloi)


TIPS TAMBAHAN :

Jika anda berempat atau berlima dan tidak mahu sewa motor, saya sangat cadangkan anda untuk ambil servis private car atau kereta sewa ni berbanding naik Grab sebab ada sesetengah tempat yang saya kongsikan ni line internentnya agak lemah dan akan menyukarkan anda untuk booked grab, keretap sapu ada je dah menanti tapi risau anda kena ketuk harga pula nanti. Jadi, pilihan kereta sewa ni sangatlah digalakkan dan urusan anda juga akan jadi lebih mudah. 

Tempah 8jam tour dan pergi 4 tempat yang saya listkan di atas ni sahaja sebab kalau nak pergi lebih, memang tak sempat 8 jam, perlu hari lain.

Sewa 8 jam untuk ke 4 tempat di atas : KLIK DISINI - highly recommend, boleh customize itinerary sebab private trip! Srendah RM55 sahaja seorang!

Pilihan lain : (8am-5pm tour)


tips : pihak kereta sewa akan tanya anda nak pergi kemana, mereka juga ada senarai tempat cadangan untuk pergi, ada lebih dari sepuluh dan anda kena tahu lah prioriti nak pergi kemana. 

Jika anda semak harga walkin yang saya berikan dan juga harga Klook, anda perasan tak ada yang harganya sama je. Tapi, sebenarnya tak sama tau sebab anda boleh dapat diskaun dan juga klook points (boleh redeem). kalau guna promo code saya iaitu 'EHMIRAYY', atau pun kadangkala Klook ada buat promo juga. Kalau walkin, jaranglah nak ada promo ni. 

Jadi, jika anda pertama kali nak guna Klook atau sudah pernah guna. Masukkan promo code ' EHMIRAYY' untuk dapat diskaun!

SELAIN 4 AKTIVITI NI ? APA LAGI TEMPAT MENARIK ?

Terima kasih kerana masih membaca sehingga kini,

Dibawah ni antara tempat menarik lain di Dalat yang anda patut pergi jika berkesempatan! Agak-agak berapa hari baru dapat pergi semua tempat dibawah ni? 

4. Elephant Mountain  (Go-kart, high rope park, kayak)
6. Gong Show (6pm-9pm) - for NON MUSLIM only.
7. God Valley - Largest Kinetic Mythological Model in the World
8. Clay Sclupture Tunnel - bangunan dari tanah liat 
10. Samten Hills - ada shuttle bus dari dalat center.
12. Valley of Love /love valley - ada glass bridge, maze, wax museum, high rope. hortensia garden, mong mo hills.

Jika anda anda persoalan mengenai post ini, boleh tanya di ruangan komen supaya dapat membantu orang lain yang mungkin ada persoalan yang sama. 

WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement