CARA CARI BILIK SEWA DI TAIWAN - HES EDITION

Hi! 

Post ni khas untuk guide anda cari bilik sewa di Taiwan. 



Sebelum anda cari bilik sewa, anda perlu tahu dahulu berapa range harga sewa bilik disini ialah mengikut tempat.

Ada yang serendah 2,500ntd sebulan dan boleh mencecah 15,000ntd. Di Taipei sudah tentulah lebih mahal jika di betul-betul di tengah bandar. 

Pengalaman saya menyewa dua tempat.

Tempat A - jumpa di AirBnB , private room,dalam rumah tu ada banyak bilik, tandas private, tingkat 1, ada lift, tiada dapur, ada mesin basuh, ada lif, 600m ke sekolah,200m ke LRT Wuchuan Secondary school, sebulan 6,500ntd ALL IN dah include elektrik, wifi etc. ada peti sejuk kecik personal.

Tempat B - jumpa di 591, direct deal dengan owner, dia tinggal di tingkat bawah je, dlaam rumah ada 2 bilik je, tandas share, ada mesin basuh, ada lift, tiada dapur, ada mesin basuh, 200m ke kelas, 900m ke MRT Cultural center, stesen bas banyak di sekitar 50-300m, sebulan 4,000ntd exclude elektrik dan heater. 



Ini merupakan laman web rasmi untuk anda cari bilik atau rumah sewa. Sama seperti laman web propertyguru atau mudah.

Anda boleh juga install app di telefon bimbit. Tapi saya tak sure boleh tukar bahasa melayu atau tidak. Saya guna je bahasa cina dan translate. Sebelum search tu filter siap-siap, nak yang ada lift ke, share ke, ada dapur ke, etc ikut preference anda.

Tips cari bilik sewa disini

1. Adakah sewa sudah termasuk bil air, elektrik, aircond, TV/wifi, public fees, gas untuk heater mandi, building management fees?

Biasanya harga yang diiklankan adalah harga sewa bilik sahaja dan paling2 pun termasuk bil air. untuk bil api, wifi biasanya tak termasuk jadi penting untuk anda tahu. anggaran bil api 500nt - 1000nt bergantung penggunaan aircond. bil air pula anggaran 150nt.

Jadi, anda boleh stanby maksimum 1,000nt untuk bayaran tambahan selain sewa. 

Jika anda pergi masa winter, agak jimat sebab anda tak perlu pasang aircond 24 jam melainkan anda jenis tak tahan sejuk, anda perlu pasang aircond tapi mode heater. 

Jika 10nt/watt dan kebawah. boleh teruskan. jika lebih dari ni, terus rejek sebab ni taktik tuan rumah ambil untung.

2. Bila due payment? Apa cara paling terbaik untuk bayar? 

Kena liasekan dengan bila anda dapat duit biasiswa supaya anda tidak terlewat bayar. Cara terbaik ialah transfer online guna akaun bank Taiwan supaya ada bukti pembayaran. 


3. Berapa deposit?

Biasanya 1-2 bulan sewa. 

4. Apa benda yang ada dalam bilik? kalau takde, adalah landord akan sediakan for free? 
checklist: 

-tandas kongsi atau private?

- dapur - banyak bilik sewa takde dapur.

-tingkap bilik - ada bilik yang tiada tingkap dan harganya lebih murah daripada bilik yang ada tingkap.

-tilam. Kalau ada tilam tapi takde cadar tu normal. tapi kalau ada cadar sekali, tu bonus.

Kemudahan - lif, buang sampah macamana.


5. Kalau share apartment(yafang), apa common area? tandas, ruang tamu, dapur?

Elakkan sewa bilik yang anda tinggal serumah dengan pemilik(walaupun sebenarnya dia pun menyewa disitu). Saya pernah jumpa dan lihat sendiri rumah tersebut.
6. Apa syarat landorld? Boleh bawa orang asing? boleh bawa haiwan peliharaan?



7. berapa lama dah property ni? - Ni kalau nampak usang sangat bolehlah tanya

8. apa pekerjaan penyewa yang lain? 


AGREEMENT

Sebelum anda membayar apa-apa, pastikan ada hitam putih seperti resit, atau buku kontrak. Jika tidak ada, maka anda harus berwaspada terutama jika tuan rumah minta bayar deposit.


LOCK DEPOSIT

Ini bergantung keadaan, pengalaman saya, tuan rumah minta saya bayar 1,000 ntd as untuk lock rumah sebab saya viewing rumah sebulan awal. Maksudnya saya nak pindah 15 November tapi 15 October saya dah tengok rumah dan cakap nak sewa tapi belum pindah lagi. Saya setuju sebab saya memikirkan 1,000 tidak terlalu banyak jika lebur pun. Semasa lock deposit tu pon, tuan rumah ada bagi 'resit' atau pengesahan so saya rasa secure disitu dan percaya. 


NAK SURVEY DI MALAYSIA, DATANG SINI TERUS PERGI TENGOK RUMAH DULU BARU DECIDE?.

Jika anda gunakan applikasi 591 untuk cari bilik sewa, wajib pergi view rumah tersebut. Nak survey awal ke lambat? Ini bergantung, ada rumah yang inginkan penyewa segera, ada yang inginkan lagi sebulan.

Jika anda rajin dan ada masa, boleh survey awal. dan bagitah tuan rumah bila anda nak datang taiwan supaya mereka boleh bersedia dengan kedatangan anda.

Laman web lain untuk survey bilik sewa. 

1. FORUMOSA 

2. TEALIT

3. TSUI MA FOUNDATION

4. TMM SNAIL 

4. 591- ALL CITIES IN TAIWAN 

5. MY ROOM ABROAD

6. PEACEHOUSE38 - TAIPEI 

7. IHOUSE - TAPEI 

8. Airbnb

9. Facebook group - yang ni sila cari sendiri ya. 


 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement