CARA MOHON MASTERS COURSEWORK UITM 2025-2026 [FULL GUIDELINE]

Hi! 

I am so excited to share about this ! Eh ada ke orang share cara mohon untuk belajar master coursework di UiTM ? Kalau belum ada, I want to be the first one! 

Secara amnya, ada 6 langkah sahaja untuk anda daftar jadi pelajar master di UiTM ni, saya guide dari mula sampai habis!

1. BELI NOMBOR PIN BSN
2. ISI BORANG PERMOHONAN 
3. SUBMIT DOKUMEN -CO
4. TERIMA TAWARAN / CETAK SURAT TAWARAN
5. ONLINE REGISTRATION
6. MEDICAL CHECKUP - FULL TIME
7. SIGN UP STUDENT PORTAL 
8. STUDENT REGISTRATION & DOCUMENT VALIDATION 
9. BAYAR YURAN SEMESTER


LINK PENTING UNTUK PELAJAR UiTM.

3. 





Jika anda berminat untuk sambung belajar MBA di UiTM dan sudah nekad untuk daftar, anda boleh baca post ni sampai habis. Tapi jika anda ada pertanyaan, anda boleh baca FAQ MBA UITM SHAH ALAM.

KOD PROGRAM MBA  :

FULL TIME : AA704 (kod lama AA701 - JANGAN GUNA YANG NI)
PART TIME (EXECUTIVE) - AA705 Weekdays atau Weekend

Baca >> Senarai program yang ditawarkan untuk postgrad UiTM 


Dibawah ialah step by step dengan lebih lanjut !  

1. BELI NOMBOR PIN BSN

Calon perlu membeli Nombor PIN (RM50) yang boleh didapati daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau dengan membayar RM50 kepada IPSis melalui BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (12177010005510) Bendahari UiTM.

Calon hendaklah menghantar e-mel slip pembayaran ke bpk[at]uitm.edu.my untuk mendapatkan PIN berserta nama penuh, nombor kad pengenalan, program, mod: kerja kursus, mod campuran atau penyelidikan dan nombor telefon.
Kemasukan ke UiTM dibuka hanya untuk Bumiputera SAHAJA.



Untuk MBA, sila pilih COURSEWORK ya, untuk kos lain, boleh semak dahulu program . 

COURSEWORK : Permohonan untuk Ambilan Oktober 2025 Dibuka dari 02/06/2025 - 10/09/2025 *Berubah-ubah mengikut tahun semasa.

RESEARCH : Permohonan untuk Program Penyelidikan boleh dibuat sepanjang tahun.



SEMASA ISI BORANG, ANDA PERLU :
- Isi maklumat kos yang ingin dipilih.
- Isi maklumat diri dengan tepat.


3. MENYEDIAKAN DOKUMEN DIPERLUKAN DAN MINTA COP PENGESAHAN 'CERTIFIED TRUE COPY'



Scan dan hantar dokumen berikut ke FAKULTI masing-masing *: 
dokumen ni hantar softcopy je dahulu. Tunggu sehingga diberitahu untuk hantar hardcopy.

a. Borang Permohonan Dalam Talian Bercetak → COURSEWORK | MIXEDMODE | RESEARCH
b. Kad Pengenalan (I/C) (Salinan Benar) 
c. Transkrip Akademik/Surat Penyiapan (Salinan Benar)
d. Sijil Ijazah Sarjana/Sarjana Muda (Salinan Benar yang Disahkan)
e. Laporan Pengadil (Klik Di Sini)
f.  Cadangan Penyelidikan (untuk program penyelidikan SAHAJA) (Garis Panduan)
g. Esei autobiografi (untuk Program MBA-AA700 / EMBA-AA701 SAHAJA)

Sila sediakan dokumen yang berwarna merah sahaja. Borang ini bergantung kepada faculti masing-masing, untuk AAGBS,ada satu Gform disediakan untuk anda attach semua dokumen yang diperlukan.



4. TERIMA TAWARAN / CETAK SURAT TAWARAN

Selepas anda selesai perkara nombor 2 dan 3. Anda perlu menunggu surat tawaran, proses tak pasti berapa lama tapi pengalaman saya, hanya 3 hari termasuk public holiday. 


Setelah masuk kan nombor IC anda, anda akan lihat maklumat termasuklah nombor matrik dn bahagian maklumat peribadi dan kursus yang anda isi dan anda perlu klik setuju/tidak setuju.

Selepas anda klik setuju, akan keluar seperti dibawah dan anda akan dapat surat tawaran seperti dibawah.


5. ONLINE REGISTRATION 

Selepas anda terima tawaran tadi, anda perlu menerima dan setuju dengan tawaran tersebut, jika anda tidak buat, pendaftaran anda tidak lengkap dan terbatal.





OPENING DATE for e-Registration :
Coursework - 17 September 2025 - 5 October 2025
Research - 17 September 2025 - 2 January 2026
 
Apa yang ada semasa pendaftaran ?
- Anda kena semak semua maklumat adalah betul.
- Klik 'Submit registration'
- Save PDF untuk medical checkup (Laporan Pemeriksaan Kesihatan) - print 
- Save PDF Slip pendaftaran - print


6. MEDICAL CHECKUP 

Wajib buat untuk full time student. 



7. SIGN UP STUDENT PORTAL 

Sini step wajib untuk anda dapat emel pelajar dan akses sebagai pelajar. UiTM sudah sediakan infografik yang sangat berguna. 


Baca >> Kelebihan mempunyai emel student.

8. STUDENT REGISTRATION & DOCUMENT VALIDATION - WALKIN 

Dibawah ialah dokumen yang anda perlu sediakan dan bawa, 

1. Surat Tawaran

2.Salinan Kad Pengenalan (Disahkan Benar)

3.Transkrip Akademik/Surat Pengesahan Tamat Belajar (Disahkan Benar)

4.Skrol Degree (Disahkan Benar)

5.Laporan Pemeriksaan Kesihatan bagi pelajar Sepenuh Masa Sahaja

 6.Referee Report


9. BAYAR YURAN SEMESTER

Selepas anda terima surat tawaran, anda akan lihat ayat pertama dalam surat tersebut ialah 'REGISTRATION PROCEDURE'.

Dan maklumat berkenaan yuran, 

Baca >> Bayaran yuran UiTM untuk postgrad.  (Academic Bills for new students). 

Disitu tertulis '

TAMBAHAN!

Jika anda pernah bekerja atau sedang bekerja, sudah tentulah anda ada duit dalam akaun EPF, dan anda boleh keluarkan duit EPF anda untuk bayar yuran tau! 




 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement