Kalau kalian ada soalan mengenai MBA ni, boleh drop ke komen kat bawah tau. Jika saya tiada jawapan, saya akan tanya pada staff atau lecturer! Mudah kan?
update : sorry tau tak sempat nak edit jawapan lagi.
*JAWAPAN AKAN DIUPDATE DARI SEMASA KE SEMASA.
1. Maksud MBA?
Master of Business Administration
2. Dimana ada kos MBA ni jika di UiTM ?
MBA ni bukan ada kat UiTM Shah Alam je, kat cawangan lain pun ada iaitu di Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah, Sarawak.
3. Apa syarat untuk daftar kos MBA ni?
Baca >> Entry Requirements (sorry panjang kalau nak copy paste)
4. Apa subjek yang ada dalam program ni?
5.Boleh transfer kredit ke ?
Tak pasti. Macam tak boleh.. macammmm...
6. Siapa yang patut ambil MBA?
Sesiapa yang ada keinginan untuk belajar dan mempunyai kewangan yang mencukupi.
7. Apa maksud mod Full time dan part time mod?
Full tu ada 3 sem je, 5 subject dan kelas 3 hari seminggu.
8. Apa kod program untuk mod full time?
Full Time AA704
9. Apa kod program untuk mod part time?
Part time AA704 (evening track)
Part time AA705( weekend/executive)
10. Jika saya nak ambil full time dahulu kemudian tukar kepada part time, boleh ke ?
Boleh je. Kena pergi office untuk urusan tersebut.
11. Untuk full time, jadual kelas setiap hari apa ?
Selasa-Khamis. mungkin berubah mengikut semester
12. Boleh saya dapatkan jadual kelas untuk full time/part time ?
13. Bagaimana cara untuk daftar MBA ni?
Baca >>> Cara daftar MBA (Guide A-Z)
14. Ada exam ke untuk setiap subjek ?
Bergantung, ada yang takde final, ada yang ada.
15. Saya terlepas pendaftaran sesi Oktober 2025, bilakah sesi seterusnya dibuka?
16. Berapakah harga yuran untuk mod full time dan part time ?
17. Ada bantuan kewangan ke untuk pelajar full time dan part time ?
Untuk full time ada, tapi tu saya tak pasti. Untuk part time, boleh apply PTPTN.
18. Jika saya mula belajar sesi Oktober 2025, bilakah saya dijangka habis belajar ?
Nak senang kira, jika anda mula tahun 2025. sila tambah je 2 tahun dan tolak 2 bulan dari bulan anda masuk. maksudnya anda akan tamat Ogos 2027.
19. Ada peluang untuk pergi program pertukaran pelajar ke ?
Ada jika anda ada duit, peluang tu ada je. duit je takde selalunya sebab takde sponsor.
20. Kat mana saya boleh baca pasal MBA di UiTM ni ?
21. Ada FYP or kena tulis thesis ke ?
Ada ! Untuk pelajar part time, projek ni dibahagikan kepada 3 sem, sem 2 anda akan start buat proposal dulu dan ianya berkumpulan 2-3 orang je boleh tau, sem 3 data collection dan sem 4 presentation viva. So takdelah stress sgt sbb setelkan satu-satu.
22. Ramai ke pelajar dalam satu kelas ?
Ini bergantung, sebab AAGBS ni agak aktif mempromosikan produk mereka . contoh untuk batch October 2025, ada dekat 20 orang untuk 1 kelas. asalnya nak buat 2 kelas tapi dorang gabung je.
23. Ada ke yang berhenti separuh jalan ?
Ada.
24. So far recommended tak belajat kat UiTM ?
So far eh.. ok je. haha
25. Kelas fully fizikal ke hybrid ?
Hybrid. Ada jadual dah bila on9 dan fizikal tapi kadang-kadang lecturer tak ikut pun atas bannyak sebab salah satunya sebab lecturer outstation.
26. Subjek apa paling susah masa buat MBA ni ?
Paling susah eh bagi sy so far pasal economics dan analytics. Mungkin sebab sy bukan background tu so rasa everything is new.
27. Senang ke nak score dean list ?
Susah nak cakap, kalau rajin study tu senang la. kalau asyik tangguh study last minute, assignment pun guna AI je mmg taklah nak deanlist. hihi alhamdulillah sy dean list masa sem1 sebab masa tu belum kerja dan boleh fokus sepenuhnya untuk study.
WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.
.jpg)
0 Comments
Thank you for your comment ^_^