Wawancara bersama Radio Taiwan International - PART 1

Hi!

Saya hampir terlupa untuk kongsikan pengalaman berharga ini disini.

Pada bulan Februari 2025, saya telah melakukan sebuah wawancara di pejabat Radio Taiwan International (RTI) yang terletak di Taipei.




Mesti kalian nak tahu bagaimana saya boleh dijemput untuk menjadi tetamu jemputan kan.

Perjumpaan rakyat Malaysia di Selatan Taiwan

Macamni ceritanya, pada hujung Disember 2024, saya ada anjurkan perjumpaan/gathering untuk rakyat Malaysia yang tinggal di selatan Taiwan, tujuanya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Kebanyakan yang join masa tu ialah student mandarin seperti saya.

Saya tak pasti sebelum ni ada atau tidak perjumpaan seperti ini dianjurkan di Kaohsiung, mungkin ada tapi tak sekerap di Taipei rakyat Malaysia yang tinggal di selatan Taiwan tak ramai.


Kemudian, saya kongsikan tentang gathering itu pada TECO Malaysia melalui emel dan mereka minta izin untuk kongsikan di fb page mereka. Saya pun ok sahaja.

Dari situ, staff di RTI approach saya di Facebook dan bertanya jika saya sudi untuk ditemu ramah. Pada awalnya saya agak berat hati untuk terima kerana kurang keyakinan diri (saya pemalu dan tak banyak cakap) dan memikirkan kos jika saya pergi ke Taipei, paling kurang mungkin 2500-3,000 NTD, sekitar RM400+, tambah kalau tinggal di hostel memang lagi tinggi kosnya. Lagi pula saya sudah dua kali ke Taipei, takkan lah saya nak kesana semata-mata untuk interview ni. Begitulah saya fikir masa tu.

Tapi.. lama juga la saya buat timbang tara sama ada nak pergi atau tidak. Dan akhirya saya fikir, baik saya pergi sebab peluang ni cuma datang sekali sahaja seumur hidup. Takkan ada dah tawaran kali kedua. Jadi, saya pun terima tawaran tersebut.

Mujur saya ubah fikiran awal sebab masa tu lagi dua minggu sahaja saya akan berada di Taiwan kerana visa saya tamat pada 16 Februari manakala wawancara tu pada awal Februari.

*rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk ke Taiwan jika perjalanan kurang 30 hari.
 



Persediaan sebelum wawancara

Ini pertama kali saya diwawancara oleh radio, dan ianya adalah berbentuk rakaman dan bukannya on air spontan seperti stesen radio di Malaysia. Fuh lega sedikit rasanya. Saya tak tahu bagaimana di balik tabir kalau rakaman ni, adakah saya diberi soalan terlebih dahulu dan boleh bersedia dengan jawapan atau bagaimana.

Oh, rupanya mereka akan beri soalan-soalan yang ditanyakan dan saya boleh bersedia dengan jawapan. Maka saya pun bersedia lah dengan rapi untuk menghadapi wawancara tersebut.

Dari Kaohsiung ke Chiayi, Taichung dan Taipei

Wawancara dilakukan pada hari Isnin, maka pada hari Jumaat sejurus selepas kelas tamat, saya terus gerak tetapi bukan ke Taipei terus. Saya pergi ke Chiayi dahulu kerana saya ingin menaiki Formosa Tren Taiwan, malangnya saya terlepas tren tersebut walaupun saya sampai sejam awal. Rezeki saya dapat juga naik pada minggu hadapannya dua hari sebelum balik Malaysia.

Dari Chiayi, saya naik tren biasa ke Taichung. Kerana target saya ialah untuk bermalam di Taichung, bukan di Chiayi. Sebab di Taichung, pada waktu malam lebih hidup daripada di Chiayi. Di Taichung juga banyak restoran halal, Indo dan muslim friendly. Tetapi semua itu tiada gunanya kerana saya sampai di Taichung jam 10pm. Banyak kedai dah tutup, perut pun dah lapar. 

Bila saya sampai di stesen Taichung, saya terus berjalan kaki untuk checkin hostel, kemudian saya cuba pergi ke kedai Indo berdekatan, mujur masih buka. Saya pelanggan terakhir makan di kedai mereka kerana sudah mahu tutup.

Esoknya selepas saya checkout, saya pergi ke kedai teh terkenal iaitu Chicha San Chen. Harga sedikit keras ya untuk bubble milk tea. Tapi saya beli je sebab nak cuba kan. Di Malaysia juga ada ya kafe ni rupanya. Di Kuala Lumpur dan Johor, mungkin terkenal di kalangan orang cina. *tiada sijil halal, hanya muslim friendly. 




Selepas tu saya pergi ke restoran Halal yang terkenal disini, memang baru buka je dah penuh orang beratur. Saya order bungkus je sebab sebelum ni saya datang nak makan tapi tak dilayan kerana terlalu ramai. Sedih! Jadi, kali ni saya ambil initiatif untuk kali ni saya order bungkus dan ia berjaya!

Saya plan untuk sampai ke Taipei pada waktu malam selepas kawan saya balik kerja sebab saya nak tumpang tidur di rumah dia untuk jimat kos. Jadi, saya kena gerak lewat petang lah dari Taichung. 

Saya makan makanan bungkus tu di tren stesen Taichung je. Kemudian saya jalan-jalan sekitar tren stesen Taichung je. Rupanya ada banyak tempat menarik boleh dilawati antaranya cafe dalam tren, sesuai untuk mereka yang suka OOTD, pasar karat dan kaunter lama keretapi Taichung yang sudah tidak beroperasi.

Disebabkan saya tidak rushing pun untuk ke Taipei, jadi saya beli tiket tren biasa sahaja ke Nangang, stesen terakhir di Taipei. Rasa macam tak puas pun jalan-jalan kat Taichung ni sebab ada banyak lagi tempat menarik yang saya belum pergi. Ada yang nak ikut ? Tiber..

Rasa macam panjang sangat je saya tulis, maka saya pecahkan kepada dua bahagian. Untuk baca part 2, boleh lah klik >> Wawancara bersama Radio Taiwan International Part 2 .

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis !                                                           


WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement