Pengalaman Job Hunting dan Interview Kerja 3.0

Hi! 

Hari ni aku rajin nak tulis pasal sambungan job hunting aku ni.




kalau korang baca part 2.0 tu aku highlight nak tempat kerja dekat dengan rumah kan ? dan aku senaraikan 11 job interview offer yang aku dapat. dan untuk 3.0 ni, aku dapat lebih kurang banyak juga interview offer tapi for now nak rant je dulu. kalau rajin aku listkan lagi.

Cuma nak highlight pasal location workplace yang aku target iaitu dekat dengan rumah. 

OK apa yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya. Yes memang banyak je aku apply tempat kerja yang area rumah aku ni tapi takde satu pon yang sangkut. Even interview pon tak dipanggil tau, stress kejap. haha.

Nak dijadikan cerita dan rezeki aku kat sini, aku dapat kerja di tengah bandar KL ! Maka aku perlu bangun awal 5.30 pagi dah sekarang ni. Adakah aku menyesal berhenti kerja dahulu ? Sejujurnya ada la sikit tapi tak boleh menyesal sebenarnya sebab aku dah fikir masak-masak dah. Takkan aku nak kerja kat situ sampai pencen ? Memang tak lah !! walaupun kat situ elaun je dah dekat rm1000! 

SO untuk kerja baru ni, walaupun di KL, tapi ada hybrid. Maksudnya 3hari office, 2 hari WFH. Sebenarnya memang itu yang aku target! Bos aku plak duk singapore weh. so its totally something new to me. 

Kerja ni plak, pun industry baru yang aku tak pernah terfikir pun untuk kerja disini dan ada peluang untuk aku grow kalau aku nak lompat company. Pasal gaji plak, sejujurnya aku down sikit sebab gaji tak seperti yang aku expect. Dan silap aku sebab tak nego gaji masa dia offer tu.. Kalau dah aku nego, mungkin boleh je dapat 20% tinggi daripada gaji sebelum ni. 



 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement