Wawancara bersama Radio Taiwan International - PART 2

Hi! 

Hari Wawancara

Hari saya sampai di Taipei tu, cuaca sangat sejuk seperti permulaan musim salji padahal masa tu sepatutnya sudah mula panas. Keesokan paginya, masih sejuk dan saya berpakaian lengkap dengan jacket. Mujur kawan saya cuti untuk menemani saya ke stesen radio. 


Jika anda belum baca part 1, baca disini >> Wawancara bersama Radio Taiwan International - PART 1 



Terima kasih sis N kerana menemani saya pergi wawancara RTI ni. Rasanya saya lupa nak bagitahu yang wawancara ni dilakukan dalam bahasa melayu ya, bukan bahasa inggeris apatah lagi bahasa cina.

Sebab itulah akhirnya saya berani untuk terima. Semasa wawancara berlangsung, saya dah bersedia dengan nota jawapan di sebelah kerana rasa gugup dan gementar.

Sesi wawancara berlangsung selama hampir 2 jam untuk 2 episod punya rakaman. Semuanya direkod sekali sahaja, tiada ulangan. Jika tidak ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Usai wawancara, sis N bawa saya ke The Grand Hotel yang terletak berdekatan dengan pejabat RTI. Sebelah RTI ni juga ada National Revolutionary Martyn Shrine tapi yang ni saya tak sempat pergi. 




Rasanya itu sahaja perkongsian saya. Walaupun rakaman dilakukan pada bulan Februari, tetapi ia disiarkan pada bulan Julai, tak kisahlah kan janji dah siar. Jika anda ingin mendengar apa rakaman tersebut, boleh lah klik link dibawah ya. 

Sebenarnya saya tak sanggup nak dengar suara sendiri so untuk yang pertama je saya dengar, yang kedua tu saya tak dengar lagi sampai sekarang. hehe.





 WARNING: You are prohibited from republishing this article on your website without author's consent(mira). Write with dignity. Thank you.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement